Saturday, 31 October 2015

PART TIME JOB

Pada entri kali ini, saya  ingin menceritakan pengalaman saya bekerja sambilan ketika cuti spm yang lalu. Memandangkan cuti sekolah dah nak dekat, saya terfikir untuk berkongsi pengalaman yang tak seberapa ni.

Walaupun pengalaman ni dah lama, tapi pengalaman ini tetap tak boleh dilupakan. Gaji pertama yang saya dapat hasil dari titik peluh sendiri walaupun sebenarnya banyak juga saya mengeluh sebab tak dapat nak membuang masa kat rumah.

Kebiasaannya pelajar spm akan memilih untuk menjadi pekerja sambilan di tempat membeli belah sebab tempat- tempat macam tu lah selalu ambil pekerja yang ramai dan mudah. Saya telah memilih untuk menjadi pekerja sambilan di Parkson…

Dekat sini, pekerja dia semuanya kena memakai baju kemeja putih dan seluar slack dan tudung putih bagi promoter perempuan kecuali supervisor yang mempunyai baju jenama yang diorang jaga. Pada setiap hari Selasa dan Khamis , akan diadakan briefing tentang jualan Parkson pada bulan tersebut. Kerja kat sini ada shift pagi dan petang. Saya telah ditetapkan untuk menjaga bahagian pakaian sekolah selama dua minggu.

Hari pertama bekerja, saya terasa agak cuak sebab tak pernah bekerja dan bergaul dengan orang lain yang berbeza umur dengan saya. Saya juga bukanlah seorang yang sangat peramah jadi memang terasa sangat cuak dan takut. Setelah beberapa hari bekerja, saya telah membiasakan diri saya bekerja di sana dan mendapat beberapa orang kawan baru.

Pengalaman bekerja ni sangat lah mencabar bagi saya sebab di sini saya terpaksa berdikari sendiri tak boleh sentiasa mengharapkan orang lain. Ia juga mengajar saya untuk menjadi berani, penyabar dan kuat semangat. Memandangkan pelanggan di situ mempunyai pelbagai ragam, amatlah susah bagi saya untuk memuaskan dan menjawab pertanyaan mereka.
Peraturan di sini juga banyak dan bagi saya sangatlah melecehkan.  Salah satunya, semua promoter perempuan wajib memakai make up. Alasannya biar pelanggan nampak pekerja di situ sentiasa ceria dan kemas.  Memang bukan style saya.  Selain itu, semua promoter diwajibkan berdiri sahaja sepanjang berada di kawasan masing- masing.  Kami tak dibenarkan makan, duduk atau berkumpul antara kami ketika bekerja.

Itu untuk bahagian yang membosankan tapi untuk yang menyeronokkan bagi saya, semua cerita yang saya dengar tentang supervisor masing-masing. Dekat situ pekerja dia campur melayu, india, cina dan majoriti india ialah supervisor di situ. Tak tahu lah kenapa dan macam mana. Saya dikira agak beruntung kerana ketika bekerja di bahagian pakaian sekolah, saya tidak mempunyai supervisor dan bila ditukarkan ke bahagian pakaian kanak-kanak supervisor saya seorang akak yang sangat sporting.  Macam- macam konflik jadi antara promoter dengan supervisor di situ dan bila teringat balik perkara tu sangat kelakar sebab cuma disebabkan benda yang kecil boleh gaduh .
tapi pengalaman cukup mengajar saya bahawa dunia di luar lebih susah berbanding dengan apa yang dibayangkan.  Jadi kalau nak tempuh dunia luar, teguhkan diri sendiri dan sentiasa tabah serta bersemangat barulah kita mampu melaluinya….


Kalau nak minta kerja kat kedai kasut ke kedai buku ke kedai kek ke, korang kena la minta awal- awal sebab memang ramai sangat orang yang minta kerja time cuti sekolah …. Jadi sebelum cuti minta awal-awal lagipun gaji kat situ tetap tak macam kat pusat beli- belah yang ikut jam dan ikut jenama masing- masing. Kalau jenama mahal dapatlah gaji tinggi sikit kot…..

LAWATAN KE KILANG COKLAT FIDANI

Dalam post saya pada kali ini, saya ingin kongsi pengalaman saya melawat ke kilang coklat ketika amali pertanian pada minggu pertama yang lalu.  Sebagai pelajar Universiti Putra Malaysia, kami hendaklah mengambil kursus pertanian dan setiap minggu kami akan mempunyai amali. Amali pada minggu pertama semester 2 ini ialah melawat ke kilang coklat iaitu kilang coklat FIDANI.





Daripada lawatan ini, kami telah didedahkam tentang pembuatan coklat yang bermula daripada buah koko dan diproses sehingga terhasilnya coklat yang sangat sedap.

Terdapat tiga jenis coklat iaitu coklat susu, coklat putih dan coklat pahit. coklat pait lebih digalakkan untuk dimakan kerana kandungan lemaknya yang kurang.

Antara aktiviti kami ketika lawatan ialah:

1. mengenali sejarah coklat yang telah wujud sejak 3000 tahun dahulu
2. mengenali asas pembuatan coklat serta proses- proses pembuatannya
3. pendedahan tentang kebaikan- kebaikan coklat kepada manusia sekiranya diambil dalam kuantiti         yang betul
4. menyaksikan demo pembuatan coklat
5. membeli belah coklat yang pelbagai di dalam muzium tersebut

salah seorang pekerja di kilang tersebut sedang menunjukkan demo membuat coklat


Kami juga telah ditunjukkan demo membuat coklat dan diberi  peluang untuk merasa coklat tersebut secara percuma. Setelah itu , kami diberikan peluang untuk membeli coklat-coklat yang dijual di sana.. Walaupun harganya tidak berbeza sangat dengan harga di luar , tetapi asalkan dapat juga membeli coklat membuat saya dan rakan-rakan sangat gembira…

membeli belah di kilang coklat

http://chocolatemuseum.my/

pengalaman berniagaku

Pada cuti semester 1 yang lalu, saya telah mengikut kakak saudara saya berniaga di universi islam antarabangsa Malaysia. Walaupun pada awalnya saya bercadang untuk lepak je kat rumah, memandangkan cuti semester hanya seminggu, tapi bila difikirkan semula tak rugi kalau tolong .

Keesokkan harinya, iaitu hari ahad, saya telah pon berada di rumah kakak saudara saya , kak muni. Disebabkan jualan tersebut hanya seminggu saya terpaksa tinggal di rumahnya bagi memudahkan segala urusan a.ka. membantu kakak saudara saya mengemas barang untuk berniaga.

Sebenarnya , kakak saudara saya hanya berniaga sebagai kerja sambilan kerana dia seorang yang rajin keluar melancong terutamanya ke Korea. Dan dia telah membuat keputusan untuk menjadi ejen pelancongan ke  Korea.

Berbalik kepada aktiviti berniaga kami, kami telah bercadang untuk menjual baju-baju, kain pasang, skirt dan banyak lagi lah barang tapi cuma barang perempuan je …. 
Tapak tu pula , kakak saudara saya sewa dari pihak UIA kerana mereka sedang mengadakan carnival atau kaedfest15.  

Pengalaman berniaga ni mengajar saya untuk sentiasa bersabar dan peramah kerana pelanggan ni banyak kerenahnya. Macam-macam diorang tanya dari mana dapat barang ni, diperbuat daripada apa, kenapa harga mahal sangat dan macam- macam soalan yang saya rasa kadang-kadang malas nak layan…. Jadi saya terpaksa memastikan mood saya sentiasa ceria supaya tiada sesiapa yang terkena nanti.

Lagi satu masalah kami ialah saingan kami terutamanya di depan kami yang turut menjual pakaian seperti kami di mana harganya murah sedikit daripada kami dan juga pelajar universiti tersebut di mana mereka labih mudah untuk mendapatkan pelanggan berbanding kami. …. Sebelah kami pula booth menjual makanan di mana jualannye sangatlah laku sementara kami di sebelah hanya memandang orang datang dan pergi….


booth kami di UIA




antara barang - barang berniaga kami.....




 walaupun untung tu tak banyak , tapi pengalaman ini sangat menyeronokkan...