Pada entri kali ini, saya
ingin menceritakan pengalaman saya bekerja sambilan ketika cuti spm yang
lalu. Memandangkan cuti sekolah dah nak dekat, saya terfikir untuk berkongsi pengalaman
yang tak seberapa ni.
Walaupun pengalaman ni dah lama, tapi pengalaman ini tetap
tak boleh dilupakan. Gaji pertama yang saya dapat hasil dari titik peluh sendiri
walaupun sebenarnya banyak juga saya mengeluh sebab tak dapat nak membuang masa
kat rumah.
Kebiasaannya pelajar spm akan memilih untuk menjadi pekerja
sambilan di tempat membeli belah sebab tempat- tempat macam tu lah selalu ambil
pekerja yang ramai dan mudah. Saya telah memilih untuk menjadi pekerja sambilan
di Parkson…
Dekat sini, pekerja dia semuanya kena memakai baju kemeja
putih dan seluar slack dan tudung putih bagi promoter perempuan kecuali supervisor
yang mempunyai baju jenama yang diorang jaga. Pada setiap hari Selasa dan
Khamis , akan diadakan briefing tentang jualan Parkson pada bulan tersebut. Kerja
kat sini ada shift pagi dan petang. Saya telah ditetapkan untuk menjaga bahagian
pakaian sekolah selama dua minggu.
Hari pertama bekerja, saya terasa agak cuak sebab tak pernah
bekerja dan bergaul dengan orang lain yang berbeza umur dengan saya. Saya juga
bukanlah seorang yang sangat peramah jadi memang terasa sangat cuak dan takut. Setelah
beberapa hari bekerja, saya telah membiasakan diri saya bekerja di sana dan
mendapat beberapa orang kawan baru.
Pengalaman bekerja ni sangat lah mencabar bagi saya sebab di
sini saya terpaksa berdikari sendiri tak boleh sentiasa mengharapkan orang lain.
Ia juga mengajar saya untuk menjadi berani, penyabar dan kuat semangat. Memandangkan
pelanggan di situ mempunyai pelbagai ragam, amatlah susah bagi saya untuk
memuaskan dan menjawab pertanyaan mereka.
Peraturan di sini juga banyak dan bagi saya sangatlah
melecehkan. Salah satunya, semua promoter
perempuan wajib memakai make up. Alasannya biar pelanggan nampak pekerja di
situ sentiasa ceria dan kemas. Memang bukan
style saya. Selain itu, semua promoter
diwajibkan berdiri sahaja sepanjang berada di kawasan masing- masing. Kami tak dibenarkan makan, duduk atau
berkumpul antara kami ketika bekerja.
Itu untuk bahagian yang membosankan tapi untuk yang
menyeronokkan bagi saya, semua cerita yang saya dengar tentang supervisor
masing-masing. Dekat situ pekerja dia campur melayu, india, cina dan majoriti india
ialah supervisor di situ. Tak tahu lah kenapa dan macam mana. Saya dikira agak
beruntung kerana ketika bekerja di bahagian pakaian sekolah, saya tidak
mempunyai supervisor dan bila ditukarkan ke bahagian pakaian kanak-kanak
supervisor saya seorang akak yang sangat sporting. Macam- macam konflik jadi antara promoter dengan
supervisor di situ dan bila teringat balik perkara tu sangat kelakar sebab cuma
disebabkan benda yang kecil boleh gaduh .
tapi pengalaman cukup mengajar saya bahawa dunia di luar
lebih susah berbanding dengan apa yang dibayangkan. Jadi kalau nak tempuh dunia luar, teguhkan
diri sendiri dan sentiasa tabah serta bersemangat barulah kita mampu melaluinya….
Kalau nak minta kerja kat kedai kasut ke kedai buku ke kedai
kek ke, korang kena la minta awal- awal sebab memang ramai sangat orang yang
minta kerja time cuti sekolah …. Jadi sebelum cuti minta awal-awal lagipun gaji
kat situ tetap tak macam kat pusat beli- belah yang ikut jam dan ikut jenama
masing- masing. Kalau jenama mahal dapatlah gaji tinggi sikit kot…..
No comments:
Post a Comment