Friday, 11 December 2015

Resepi Kek Batik



Assalamualaikum semuaaaaa ..!!!!!! okey, nak cerita sikit yang aku dah lama giler nak makan kek batik . disebabkan aku budak u lah katakan , memang susah nk beli sebab kena bajet –bajet duit (walaupun kek batik takde la mahal sangat :p) jadi , semalam terlaksana jugak impian aku wahaha .. xD

    Kalau korang nk tau kitorang satu keluarga suka makan kek batik sebab rasanya yang sedap sehingga menjilat jari dan kitorang lebih suka buat sendiri sebab dapat lebih-lebihkan coklat .Yang seronoknya, semalam punya lah tinggi mandat aku sampai adik –adik aku  semua takut nk makan kek batik dulu sebelum aku  memandangkan guna duit aku seratus peratus . ^^nasib baik sedap .

   Maka, aku dengan bangganya nak kongsikan resepi kek batik dengan korang semua  yang sudi membaca . hehehe.

    BAHAN-BAHAN:

·         Biskut marie  2 bungkus
·         Susu pekat manis 1 tin
·         Vico atau milo (aku pakai vico sebab lagi murah)
·         Oat /nestum
·         Marjerin (aku guna marjerin jenama buttercup)
·         Telur 2 biji


  Encik google kasi gambar . hohoho XD



CARA –CARA :
  • ·         Masukkan marjerin satu bungkus didalam periuk . kacau sehingga cair .
  • ·         Setelah marjerin cair, masukan telur 2 biji dan kacau kuat-kuat supaya tidak berketul nnti tak sedap.(api perlahan je keh)
  • ·         Selepas itu , masukkan vico sebanyak 400 gram  .kacau dan kacau sehingga sebati .:)
  • ·         pastu, masukkan susu pekat 1 tin dan oat secukup rasa (kalau nk nampak meriah kek korang tu , bubuh la oat banyak – banyak . 400 gram pon okey jugak .)
  • ·         tutup api lepas segalanya sebati bersama .
  • ·         untuk biskut pulak , kita patah-patahkan dia dalam bekas .
  • ·         dah siap patahkan semua biskut , masukkan biskut marie tu dalam periuk  yang berisi campuran bahan yang telah dibuat tadi . ( pastikan campuran coklat tu dah sejuk untuk korang yang suka kek batik tu lebih keras)
  • ·         akhirnya . masukkan  kek dalam loyang dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam . ;)


                 
 Ni makcik google pulak kasi .. baikkan saudara -saudara  google dengan aku .:’)



                                


  Ni antara kek batik yang menjadi . nampak sedap enn??? Jadi, apa lagi? SELAMAT MENCUBA . !!! BERUSAHA .!! 

1 comment:

  1. gaggia titanium 3d models - TITaniumArts
    gaggia titanium 3d models. A new set of models for the new 3D Model. Gaggia Titanium titanium i phone case 3D titanium bolt Models. All 3D titanium screws Models are premium where can i buy titanium trim 3D tittanium models.

    ReplyDelete