Sunday, 13 December 2015

THE TIME KEEPER


Assalamualaikum semua...!!!
 

Hari ni aku terasa nak kongsi sebuah buku yang bertajuk THE TIME KEEEPER yang ditulis oleh MITCH ALBOM . Buku ini menarik minat aku sebab buku ini mengajar erti menghargai masa. Kat sini aku cuba tulis sebanyak yang boleh pasal buku ni.

Set masa yang penulis tetapkan untuk bahagian ini ialah zaman lampau(tak pasti bile yang pasti zaman yang tak wujud lagi jam).   Dor,Nim dan Alli merupakan sahabat yang sangat rapat waktu diorang masih kecil. Dor, budak yang sangat pelik sebab dia suka giler  mengira dan dia  akan kira ape bende je selagi boleh macam waktu dia berlari dia akan mengira nafas dia. Alli, budak perempuan yang  sangat cantik dan dia suke Dor. Nim , budak yang  paling kuat antara diorang dan cita-cita dia nak menjadi seorang raja. Selepas diorang membesar, Dor dan Alli berkahwin manakala Nim berjaya menjadi raja yang sangat berkuasa. Dor melibatkan diri dalam setiap perkara tentang pengiraan masa. Dor boleh mencipta jam pertama di dunia dan juga kalendar pertama di dunia. Walaupun orang luar sering memandang remeh kerja-kerja yang dilakukan Dor tapi isterinye sentiasa menyokong dan Nim juga mengakui kepandaian Dor dan pernah meminta Dor membantu dia untuk membina bangunan yang sangat tinggi untuk mencabar kuasa tuhan supaya Nim tu dapat memerintah dari atas.Tapi, Dor tak setuju. Maka, dia dihalau dari tempat tinggal dia.Dor dan Alli pergi meninggalkan keluarga mereka dan tinggal di kawasan  yang jauh dari tempat tinggal mereka. Suatu hari, ade sepasang suami isteri yang tua  yang datang melawat mereka . Diorang jugak dihalau dari tempat tinggal diorang sebab orang kampung kat sana takut berjangkit dengan penyakit yang dibawa oleh diorang. Alli berasa sangat kasihan dan dia memberi makanan dan menangis bile mendengar cerita diorang.Alli jugak memeluk perempuan tua tu apabila mendengar ceritanye. Selepas itu, diorang pun pergi ke tempat lain.Beberapa hari berlalu dan Alli sakit tenat. Dor sedar yang isterinya telah berjangkit dengan orang tua yang melawat diorang. Dor sentiasa menemani isterinya hinggalah ke akhir hayat isterinya. Dor berasa sangat marah selepas kematian isterinya. Dia pulang ke kampungnya dan terus pergi ke bangunan yang dibina oleh Nim. Dor nak panjat dan buat apa yang tuhan tak buat. Dia akan berhentikan masa.

Sarah Lemon ialah budak perempuan  tujuh belas tahun yang sangat pemalu. Sarah juga sangat pandai di dalam pelajaran. Tapi, Sarah tidak mempunyai kawan di sekolah. Ramai budak di kelasnya berasa Sarah terlalu pandai dan terlalu pelik. Sarah selalu makan bersendirian, pulang ke rumah bersendirian dan akan meluangkan masa petangnya bersama ibunya, Lorraine di rumah. Ibu bapa Sarah bercerai sewaktu dia kecil. Sarah sering menulis surat kepada bapanya Tom dan bapanya tak pernah membalasnya. Lorraine sentiasa menyalahkan Tom atas penceraian diorang. Walaupun Sarah dan Lorraine tinggal bersama, hubungan diorang bukanlah macam hubungan mak dan anak. Sarah menyalahkan ibunya. Lorraine tak cuba untuk memahami. Sarah bertemu dengan Ethan di rumah kebajikan untuk orang gelandangan. Sarah berasa Ethan ialah lelaki yang tepat untuknya. Diorang juga pernah keluar berdating. Sarah mengambil keputusan untuk memberitahu Ethan tentang perasaannya. Tapi , Ethan tak pernah membalasnya. Ethan juga bertindak memuat naik status di facebooknya  tentang Sarah. Ramai budak sekolahnya mengutuk Sarah. Sarah berasa sangat malu dan tertekan. Sarah tidak mempunyai  sesiapa untuk menceritakan masalah dia. Sarah mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Victor Delamonte ialah orang ke empat belas terkaya dunia. Victor mengahwini  isterinya, Grace pada tahun 1965. Victor disahkan menghidap penyakit  tumor di hatinya. Ginjalnya tak dapat berfungsi dengan baik. Victor perlu menjalani rawatan yang memenatkan. Victor tak ingin merasa kematian. Victor mengambil keputusan untuk membekukan diri dia. Selangkah ke depan daripada mati.

 

Dor telah dihukum dan dibuang ke gua selama berkurun-kurun dan dipaksa untuk mendengar suara-suara yang merintih padanya inginkan lebih hari, lebih tahun. Akhirnya, Bapa Masa memberikan kebebasan kepda Dor bersama jam pasir magik dan satu misi; satu peluang untuk menebus kembali kesalahannya dengan mengajar dua orang di bumi maksud sebenar masa. Dor pulang ke dunia yang didominasi oleh kiraan jam yang dia mulakan dan bermulalah perjalanannya bersama dua orang yang menjadi pesangan perjalanannya: seorang budak perempuan remaja yang berputus asa untuk hidup, dan seorang lelaki bisnes yang kaya dan tua yang mahu hidup untuk selama-lamanya. Untuk selamatkan dirinya, Dor perlu selamatkan mereka berdua. Dan berhentikan dunia daripada melakukannya.

Haaaa....panjang kan..;) harap coretan ni boleh menarik minat korang

No comments:

Post a Comment