Pada cuti semester 1 yang lalu, saya telah mengikut kakak
saudara saya berniaga di universi islam antarabangsa Malaysia. Walaupun pada
awalnya saya bercadang untuk lepak je kat rumah, memandangkan cuti semester
hanya seminggu, tapi bila difikirkan semula tak rugi kalau tolong .
Keesokkan harinya, iaitu hari ahad, saya telah pon berada di
rumah kakak saudara saya , kak muni. Disebabkan jualan tersebut hanya seminggu
saya terpaksa tinggal di rumahnya bagi memudahkan segala urusan a.ka. membantu
kakak saudara saya mengemas barang untuk berniaga.
Sebenarnya , kakak saudara saya hanya berniaga sebagai kerja
sambilan kerana dia seorang yang rajin keluar melancong terutamanya ke Korea. Dan
dia telah membuat keputusan untuk menjadi ejen pelancongan ke Korea.
Berbalik kepada aktiviti berniaga kami, kami telah bercadang
untuk menjual baju-baju, kain pasang, skirt dan banyak lagi lah barang tapi cuma
barang perempuan je ….
Tapak tu pula , kakak saudara saya sewa dari pihak UIA
kerana mereka sedang mengadakan carnival atau kaedfest15.
Pengalaman berniaga ni mengajar saya untuk sentiasa bersabar
dan peramah kerana pelanggan ni banyak kerenahnya. Macam-macam diorang tanya dari mana dapat barang ni, diperbuat daripada apa, kenapa harga mahal sangat
dan macam- macam soalan yang saya rasa kadang-kadang malas nak layan…. Jadi saya
terpaksa memastikan mood saya sentiasa ceria supaya tiada sesiapa yang terkena
nanti.
Lagi satu masalah kami ialah saingan kami terutamanya di
depan kami yang turut menjual pakaian seperti kami di mana harganya murah
sedikit daripada kami dan juga pelajar universiti tersebut di mana mereka labih mudah untuk mendapatkan pelanggan berbanding kami. …. Sebelah kami pula booth menjual makanan di
mana jualannye sangatlah laku sementara kami di sebelah hanya memandang orang datang dan
pergi….
![]() |
booth kami di UIA |

![]() |
antara barang - barang berniaga kami..... |
walaupun untung tu tak banyak , tapi pengalaman ini sangat menyeronokkan...
No comments:
Post a Comment