Assalamualaikum semua...!!!
Hari ni aku terasa nak kongsi sebuah buku yang bertajuk THE
TIME KEEEPER yang ditulis oleh MITCH ALBOM . Buku ini menarik minat aku sebab
buku ini mengajar erti menghargai masa. Kat sini aku cuba tulis sebanyak yang
boleh pasal buku ni.
Set masa yang penulis tetapkan untuk bahagian ini ialah
zaman lampau(tak pasti bile yang pasti zaman yang tak wujud lagi jam). Dor,Nim dan Alli merupakan sahabat yang sangat
rapat waktu diorang masih kecil. Dor, budak yang sangat pelik sebab dia suka
giler mengira dan dia akan kira ape bende je selagi boleh macam
waktu dia berlari dia akan mengira nafas dia. Alli, budak perempuan yang sangat cantik dan dia suke Dor. Nim , budak
yang paling kuat antara diorang dan
cita-cita dia nak menjadi seorang raja. Selepas diorang membesar, Dor dan Alli
berkahwin manakala Nim berjaya menjadi raja yang sangat berkuasa. Dor melibatkan
diri dalam setiap perkara tentang pengiraan masa. Dor boleh mencipta jam
pertama di dunia dan juga kalendar pertama di dunia. Walaupun orang luar sering
memandang remeh kerja-kerja yang dilakukan Dor tapi isterinye sentiasa
menyokong dan Nim juga mengakui kepandaian Dor dan pernah meminta Dor membantu
dia untuk membina bangunan yang sangat tinggi untuk mencabar kuasa tuhan supaya
Nim tu dapat memerintah dari atas.Tapi, Dor tak setuju. Maka, dia dihalau dari
tempat tinggal dia.Dor dan Alli pergi meninggalkan keluarga mereka dan tinggal
di kawasan yang jauh dari tempat tinggal
mereka. Suatu hari, ade sepasang suami isteri yang tua yang datang melawat mereka . Diorang jugak
dihalau dari tempat tinggal diorang sebab orang kampung kat sana takut
berjangkit dengan penyakit yang dibawa oleh diorang. Alli berasa sangat kasihan
dan dia memberi makanan dan menangis bile mendengar cerita diorang.Alli jugak
memeluk perempuan tua tu apabila mendengar ceritanye. Selepas itu, diorang pun
pergi ke tempat lain.Beberapa hari berlalu dan Alli sakit tenat. Dor sedar yang
isterinya telah berjangkit dengan orang tua yang melawat diorang. Dor sentiasa
menemani isterinya hinggalah ke akhir hayat isterinya. Dor berasa sangat marah
selepas kematian isterinya. Dia pulang ke kampungnya dan terus pergi ke
bangunan yang dibina oleh Nim. Dor nak panjat dan buat apa yang tuhan tak buat.
Dia akan berhentikan masa.
Sarah Lemon ialah budak perempuan tujuh belas tahun yang sangat pemalu. Sarah
juga sangat pandai di dalam pelajaran. Tapi, Sarah tidak mempunyai kawan di
sekolah. Ramai budak di kelasnya berasa Sarah terlalu pandai dan terlalu pelik.
Sarah selalu makan bersendirian, pulang ke rumah bersendirian dan akan
meluangkan masa petangnya bersama ibunya, Lorraine di rumah. Ibu bapa Sarah
bercerai sewaktu dia kecil. Sarah sering menulis surat kepada bapanya Tom dan bapanya
tak pernah membalasnya. Lorraine sentiasa menyalahkan Tom atas penceraian
diorang. Walaupun Sarah dan Lorraine tinggal bersama, hubungan diorang bukanlah
macam hubungan mak dan anak. Sarah menyalahkan ibunya. Lorraine tak cuba untuk
memahami. Sarah bertemu dengan Ethan di rumah kebajikan untuk orang
gelandangan. Sarah berasa Ethan ialah lelaki yang tepat untuknya. Diorang juga
pernah keluar berdating. Sarah mengambil keputusan untuk memberitahu Ethan
tentang perasaannya. Tapi , Ethan tak pernah membalasnya. Ethan juga bertindak
memuat naik status di facebooknya
tentang Sarah. Ramai budak sekolahnya mengutuk Sarah. Sarah berasa
sangat malu dan tertekan. Sarah tidak mempunyai
sesiapa untuk menceritakan masalah dia. Sarah mengambil keputusan untuk
membunuh diri.
Victor Delamonte ialah orang ke empat belas terkaya dunia.
Victor mengahwini isterinya, Grace pada
tahun 1965. Victor disahkan menghidap penyakit
tumor di hatinya. Ginjalnya tak dapat berfungsi dengan baik. Victor
perlu menjalani rawatan yang memenatkan. Victor tak ingin merasa kematian.
Victor mengambil keputusan untuk membekukan diri dia. Selangkah ke depan
daripada mati.
Dor telah dihukum dan dibuang ke gua selama berkurun-kurun
dan dipaksa untuk mendengar suara-suara yang merintih padanya inginkan lebih
hari, lebih tahun. Akhirnya, Bapa Masa memberikan kebebasan kepda Dor bersama
jam pasir magik dan satu misi; satu peluang untuk menebus kembali kesalahannya
dengan mengajar dua orang di bumi maksud sebenar masa. Dor pulang ke dunia yang
didominasi oleh kiraan jam yang dia mulakan dan bermulalah perjalanannya
bersama dua orang yang menjadi pesangan perjalanannya: seorang budak perempuan
remaja yang berputus asa untuk hidup, dan seorang lelaki bisnes yang kaya dan
tua yang mahu hidup untuk selama-lamanya. Untuk selamatkan dirinya, Dor perlu
selamatkan mereka berdua. Dan berhentikan dunia daripada melakukannya.
Haaaa....panjang kan..;) harap coretan ni boleh menarik minat
korang